PRU14: PH berjanji tiada U-turn dalam pembaharuan politik, ekonomi infomalay12.blogspot.com

Ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan memberi jaminan manifesto PRU14 akan menyatakan semua pembaharuan dijanjikan pakatan itu, walaupun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon PM mereka.
Saifuddin-Abdullah-pakatan-harapan-bendera-logo1
 Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan tidak akan membelakangi pembaharuan politik, ekonomi dan sosial, walaupun menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mereka. Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan membuktikannya.
“Manifesto untuk PRU14 yang kini dalam persiapan peringkat akhir akan memfokuskan pembaharuan dalam politik, sektor ekonomi dan sosial.
“Hakikatnya, kita tidak membuat apa-apa pusingan U dalam pembaharuan,” katanya dalam ruangan komentar yang disiarkan The Edge.
“Kami jelas menyatakan misi PH ialah membina sebuah kerajaan bersih, bertanggungjawab dan berkemampuan yang komited kepada pembaharuan institusi dan politik yang akan melindungi hak semua kaum dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.”
Pada konvensyen tahunannya 7 Januari lalu, Saifuddin mengumumkan Dr Mahathir, 92, yang pernah menerajui negara selama 22 tahun, sebagai calon perdana menteri PH jika mereka memenangi PRU14.
2 penggal untuk perdana menteri
Saifuddin berkata, pembaharuan itu akan mengambil pendekatan 5 cabang, pertama ialah memastikan perdana menteri hanya boleh berkhidmat maksimum 2 penggal dan tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.
“Kami juga akan memperkasakan Parlimen untuk memainkan peranan lebih berkesan dalam memeriksa eksekutif dan mewujudkan Jawatankuasa Parlimen untuk mengawasi setiap kementerian dan isu penting lain.”
Katanya, fokus ke-2 pembaharuan ialah memperkasakan institusi awam, seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
“Kami akan memastikan SPR bebas, pelantikan ahlinya melalui Jawatankuasa Parlimen relevan dan memenuhi tuntutan Bersih 2.0 untuk mempunyai sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
“Fokus ke-3 ialah memansuh, mengkaji atau meminda undang-undang menindas dan anti-rakyat untuk memastikan hak rakyat dipertingkatkan dan dilindungi.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: