PRU14: Jalan kian terbentang buat Khalid dan PAS infomalay12.blogspot.com

Kerjasama antara PAS dengan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelihatan semakin hampir menjadi nyata ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) kian menghampiri.
Jika sebelum ini parti terbabit membuat lamaran bersyarat kepada Khalid, sebuah laporan media pula membayangkang berlaku kelonggaran buat tokoh korporat berkenaan.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata buat waktu ini Khalid boleh bertanding mewakili parti berkenaan tanpa perlu menjadi anggotanya.
"Saya rasa tidak perlu untuk beliau menyertai PAS buat waktu ini. Mungkin beliau rasa tidak selesa melakukannya sekarang.
"Jika beliau mahu bertanding menggunnakan tiket PAS atau bebas, macam mana pun kami akan sokong dia.
"PAS boleh mendapatkan kerusi yang sesuai untuk Khalid," katanya seperti dipetik New Straits Times semalam.
Sekarang YB bebas
Khalid ialah tokoh yang disegani ramai dan menyertai politik selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.
Dengan namanya yang besar kemasukan Khalid ke dalam PKR membawa beliau diberikan jawatan utama, termasuk setiausaha agung pada Mei 2007.
Khalid turut dilantik menjadi menteri besar Selangor pada Mac 2008 sebelum disingkirkan oleh PKR melalui percaturan dikenali sebagai Langkah Kajang pada 2014.

Bagaimanapun episod itu menyaksikan PAS semakin akrab dengan Khalid.
Beliau baru-baru ini menyatakan kesanggupannya membantu PAS berkempen dalam PRU ke-14, dan sebagai reaksi segera parti terbabit, salah seorang daripada pemimpinnya berkata, mereka bersedia menawarkan kerusi kepada Khalid.
Memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, Sinar Harian melaporkan tawaran itu boleh menjadi kenyataan jika Khalid berubah fikiran untuk menyertai PAS.
Telus, sangat dihormati
Untuk rekod Khalid juga pernah menyatakan ikrarnya untuk membantu Umno di Selangor.
Buat masa ini Khalid ialah wakil rakyat bebas untuk parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: