
Menurut beliau lagi, PH amat menyanjung tinggi budaya politik dengan nilai yang adil, jujur dan berintegriti. Atas prinsip demokrasi, ia adalah satu saranan yang sangat baik.
“Walau bagaimana pun PH merasakan perlu dibezakan antara fitnah dan fakta yang disokong oleh maklumat dari pihak yang boleh dipercayai.
“Namun begitu ia tidak boleh didedahkan sumber dan puncanya atas sebab-sebab tertentu.
“Atas prinsip ini juga, PH menyarankan agar Umno dan BN tidak menjadikan budaya ‘gansterism’ dan politik wang menjelang kempen PRU yang akan datang, ” jelasnya.
Beliau juga berkata, PRU ke 14 yang akan datang merupakan PRU yang dinobatkan sebagai ibu segala pilihan raya yang harus berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang unsur ugutan maupun keganasan.
Sehubungan itu tegasnya, AMANAH kawasan Kepala Batas telah pun menggerakkan jentera dan gerak kerja melalui pelbagai program turun padang.
“AMANAH kawasan Kepala Batas akan meneruskan agenda perjuangan bersama-sama dengan komponen PH.
“Mendengar keluhan dan rintihan masyarakat mengenai pelbagai kekurangan dalam kawasan Parlimen Kepala Batas.
“Selain itu ziarah peduli rakyat menjadi rutin dan acap kali dilaksanakan secara bersama bagi mendekati pelbagai golongan masyarakat, ” ujarnya lagi.

Pakatan Harapan Kepala Batas menjalin hubungan kerjasama yang baik dalam mengadapi PRU14 kali ini.
“Sekiranya Pas berjaya meraih sebanyak 20,952 undi semasa berada bersama dengan Pakatan Rakyat hasil kerjasama gabungan komponen ketika itu, tidak dapat dinafikan PH yang berada dalam gabungan yang mempunyai satu matlamat utama kini mampu memberi kejutan yang lebih besar.
“AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu mempunyai strategi tersendiri yang sedang dilaksanakan bagi memastikan pengundi Kepala Batas menolak Umno dan BN serta Pas.
“Perjuangan dengan matlamat yang sama untuk menukar kerajaan Umno dan BN yang sedang menekan rakyat, menyeleweng, salah urus tadbir, mengenakan cukai GST kepada golongan miskin dan marhaen adalah suatu kezaliman yang ketara.
“Sehubungan itu perjuangan yang berteraskan hendak membela nasib rakyat agar tidak berterusan dianiayai oleh kerajaan Umno dan BN untuk tempoh lima tahun lagi, wajib menjadi tekad dan azam yang tinggi untuk direalisasikan dalam PRU yang akan datang, ” katanya.
Maka itu PH Kepala Batas mengatur gerak kerja berterusan dengan menyantuni pelbagai golongan masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik, bangsa mahupun agama.