Sayur yang sudah busuk dikatakan telah diedarkan oleh Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kepada para penduduk Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Kejadian ini disedari apabila sayur sayuran yang diberikan di dalam plastik merah sekitar jam 6.00 petang semalan sempena kempen menjelang pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 oleh pihak PKR Lembah Pantai kepada penduduk Lembah Pantai.
Apabila bungkusan oembalut lutsinar dibuka, didapati sayur-sayuran berkenaan telah rosak, tidak boleh dimakan dan layaknya dibuang ke dalam tong sampah.
Terdahulu, penduduk di sekitar Lembah Pantai juga disajikan dengan pemberian roti kosong setelah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghilang diri selama 9 tahun.