Pas bina imej lebih unggul..!! infomalay12.blogspot.com

Hishamuddin KUALA TERENGGANU - Pas tidak pernah bersendirian sekalipun tidak bergabung dengan mana-mana parti, khususnya parti-parti yang mempunyai kerusi di negara ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Pas disifatkan sebuah parti dinamik yang sedang membina kekuatan dan pengaruhnya tersendiri dalam memastikan kedudukan parti itu terus utuh dalam politik negara.
Menurutnya, Pas juga tidak menoleh ke belakang sekalipun pelbagai tohmahan dilemparkan, sebaliknya membina imej lebih unggul seiring dengan perkembangan politik semasa dalam menambat keyakinan rakyat terhadap parti itu.
“Kita bina kekuatan dengan lebih 200 NGO seluruh negara yang boleh duduk bersama dengan Pas. Kita ada NGO iaitu individu berpengaruh yang bukan orang kerajaan. Kita tarik mereka ini untuk bersama dengan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas PRU14 bagi Unit Peti Undi (UPU) Gong Datok, di Cawangan Pas Pak Tuyu, Tepoh.
Sementara itu, Hishamuddin yang juga Adun Tepoh turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa parti itu bergabung dengan Umno dan BN.
Beliau sebaliknya menegaskan, sikap lembut Pas terhadap BN merupakan strategi Pas yang menampilkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diyakini memberi kelebihan kepada parti Islam itu.
Jelasnya, sikap mesra Pas terhadap musuh tradisi itu dilihat mampu menarik orang Umno khususnya yang kecewa dengan parti mereka untuk menerima Pas.
“Pas tidak akan bergabung dengan Umno tetapi Pas telah mengubah strategi politiknya daripada suatu ketika dahulu kita (Pas) tegang dengan Umno dan pada hari ini kita lunak dengan ahli-ahli Umno untuk tarik dia.
“Sebab ramai di kalangan orang Umno sendiri yang kecewa dengan Datuk Seri Najib dan kecewa dengan parti Umno,” katanya.
Dalam masa sama katanya, Pas turut menampilkan model baharu bagi memastikan pentadbiran berlandaskan prinsip Islam dinamakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :