PAHANG CATAT PENINGKATAN KUTIPAN ZAKAT HARTA TAHUN LALU infomalay12.blogspot.com


Pahang catat peningkatan kutipan zakat harta tahun lalu



Pahang mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta iaitu RM11.3 juta untuk jumlah keseluruhan, RM126.6 juta pada tahun lalu berbanding RM115.3 juta tahun sebelumnya.

Peningkatan itu juga berdasarkan kepada peningkatan jumlah pembayar iaitu 83,169 orang (2017) berbanding 80,184 orang untuk tahun 2016.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Dato' Halidan Md Daud berkata, pihaknya menjangkakan kutipan sebanyak RM130 juta membabitkan 85,000 pembayar bagi tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah pembayar tersebut seramai 57,331 orang menunaikan zakat harta mereka menerusi potongan gaji.

"Dengan peningkatan jumlah kutipan pada setiap tahun, PKZ Pahang akan memperbanyakkan program untuk memastikan masyarakat Islam yang dikategorikan layak menunaikan zakat harta.

"Kita akui masih ada yang gagal menunaikan Rukun Islam itu walaupun mereka layak tetapi kita akan berusaha untuk mereka berbuat demikian," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Minum Pagi BizZakat dan penubuhan Jawatankuasa BizZakat daerah Kuantan di ibu pejabat PKZ Pahang.


Subscribe to receive free email updates: