Kerajaan Umno-BN mutakhir ini acapkali berkempen dengan penuh bangga menggunakan slogan negara berpendapatan tinggi, kejayaan projek-projek mega infrastruktur dan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi melebihi 5 peratus bagi menggamit kembali sokongan rakyat.
Kesibukan Umno-BN membelanjakan wang rakyat atas nama pembangunan menyebabkan mereka terlupa untuk sejenak bertanya, apakah semua perkara itu benar-benar membuahkan nikmat yang dirasai oleh rakyat?
Umum mengetahui betapa rakyat Malaysia dibebani dengan kos hidup yang semakin tinggi.
Kos sara hidup, kos pelajaran di pusat pengajian, kenaikan harga barang dan lain-lain yang ternyata semakin menghimpit rakyat golongan bawahan dan pertengahan.
Ahli ekonomi yang kian mendapat nama dan pernah bertugas di Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Muhammed Khalid jelas mengungkapkan bahawa fokus berlebihan terhadap kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak membawa banyak erti kepada majoriti rakyat kebanyakan.
Yang lebih utama dalam pengurusan ekonomi ialah memastikan nikmat kemajuan itu boleh dirasai dan dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.
Kadar pertumbuhan KDNK yang dipacu oleh projek-projek pembangunan berskala besar yang bermodalkan hutang tanpa urus tadbir yang cekap dan berkesan hanya akan menambah keperitan rakyat kelas bawahan dan pertengahan.
Skandal 1MDB adalah contoh terbaik yang rakyat Malaysia bukan hanya terpaksa berhutang puluhan bilion ringgit namun turut sama menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya.
Bagi memastikan hutang negara boleh dibayar dan keselesaan menteri-menteri kabinet boleh dikekalkan, maka Umno-BN memilih jalan mudah dengan mengorbankan kepentingan rakyat melalui kaedah membatalkan subsidi dan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
BN atau HARAPAN?
Sistem demokrasi memberikan hak sepenuhnya kepada pengundi bagi memilih sesiapa sahaja yang
diyakini dapat mewakili mereka dengan baik dalam pembentukan sebuah kerajaan.
Pilihan raya umum ke-14 ini menjadi sangat unik dan penting kerana rakyat perlu membuat pilihan sama ada untuk terus kekal bersama masalah sedia ada atau memilih bersama penyelesaian.
Kos sara hidup yang menekan, korupsi, penyalahgunaan kuasa ahli politik, ketirisan penggunaan dana awam, skandal 1MDB, FELDA, MARA bahkan Tabung Haji hanyalah singkapan senarai panjang kegagalan pemerintahan BN bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Untuk pilihan raya kali ini, Umno-BN hampir pasti akan mengekalkan Najib sebagai ketua jentera kempen mereka walaupun beliau dihambat dengan pelbagai skandal salah urus tadbir negara dan bertanggungjawab menyusahkan rakyat dengan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat tanpa kecuali.
Pakatan Harapan pula dengan rasminya menamakan Tun Mahathir Mohamad, yang memilih kembali semula ke pentas politik negara dengan azam dan idea baru demi menyelamatkan rakyat daripada kesempitan hidup, sebagai bakal perdana menteri.
Tanggungjawab Muslim
Hakikatnya segala apa yang dilakukan oleh seorang Muslim dalam kehidupan mempunyai perkiraan dosa dan pahala.
Hal ini berpandukan, antara lain, dengan firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir ayat ke 38 dengan mafhumnya:
Read More / Baca Lagi >>