Mayat dua remaja yang dikhuatiri lemas semasa berkelah di Air Terjun Berkelah di sini semalam, ditemukan pada 8 pagi ini di dasar air terjun berkenaan.
Pegawai Kanan Pasukan Selam Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Alif Hafizul Mohammad berkata, mayat Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad, kedua-duanya berusia 22 tahun ditemukan dalam jarak antara empat meter antara satu sama lain.
“Kedua-dua mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tebing air terjun itu kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 7.55 pagi tadi.
“Kedua-dua mereka dikenal pasti oleh rakan dan anggota keluarga yang menunggu di kawasan operasi dijalankan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Alif Hafizul menambah, mayat berkenaan ditemukan di tingkat tujuh air terjun berkenaan, iaitu tingkat paling atas, air terjun tersebut.
Katanya, operasi membawa mayat turun masih dilaksanakan dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
Muhammad Shahfaris dan Azfan kedua-duanya berasal dari Klang, Selangor datang ke air terjun itu untuk berkelah bersama 10 rakan pada petang semalam, dan difahamkan kunjungan pertama mereka ke situ.
Mereka dipercayai lemas kira-kira 3.10 petang.
Operasi SAR bermula petang semalam terpaksa dihentikan pada jam 8 malam kerana persekitaran yang gelap.
Related Posts :
MANA KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA BAHARU YANG DILAUNGKAN PH? infomalay12.blogspot.com
Antara laungan kuat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas 9 Mei 2018 ialah Malaysia Baharu yang lebih terbuka dan kebebasa… Read More...
[Video Hak milik 999 tahun bukan untuk kampung baru saja] Hari Sabtu pun PM kita ni bekerja & Sesungguhnya Umno tu, Yg songlap 1MDB, Yg gadai gadai aset negara, Yg lebur duit LUTH, KWSP & LTAT, Yg tarik sgala biasiswa, Yg pecat pgawai sprm & YANG SOKONG UMNO IALAH PAS.. BERHUHU LAH... infomalay12.blogspot.comSelasa, 18 September 2018
Kelab Che Det
Suka Halaman Ini · 14 September ·
Hari Sabtu pun PM kita ni bek… Read More...
[Video SKANDAL 1MDB-Malaysia sedang berunding bawa pulang JET PERIBADI] AG letak jawatan? 'Tak betul langsung...Portal berita (FMT) mohon maaf. infomalay12.blogspot.comSelasa, 18 September 2018
AG letak jawatan? 'Tak betul langsung'
Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau meletakkan jawatan, sekal… Read More...
[Video Jamal ke Mahkamah & Jamal Pak Tongkol kena tumbuk] Mengapalah rindunya nak lihat ROSMAH & NAJIB pakai baju OREN? Bagus Najib! Terbinanya MRT Sg Buluh & Kajang mudahkan rakyat menziarahi pemimpin2 UmnoBN di sana kelak? infomalay12.blogspot.comSelasa, 18 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
TERIMA KASIH NAJIB !!
Ada hik… Read More...
MANA KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA BAHARU YANG DILAUNGKAN PH? infomalay12.blogspot.com
Antara laungan kuat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas 9 Mei 2018 ialah Malaysia Baharu yang lebih terbuka dan kebebasa… Read More...