[KUANTAN] RADIO INTERNET BERKEMBANG DI PAHANG infomalay12.blogspot.com



Kuantan, 8.2.2018 - Radio internet berkembang pesat dan merupakan salah satu jaringan media sosial dewasa ini.
Menurut satu kajian oleh BBC Radio Joint Research Institute di Amerika, radio internet berkembang sebanyak 10 % setahun dan masyarakatnya meluangkan masa selama 82 million jam seminggu mendengar radio internet.
Dari kajiannya lagi sebanyak 124 million pendengar mendengarkan radio internet setahun di mobile fon dan di laptop dan kebanyakkannya berumur dari 12 - 24 tahun.
Di Pahang, Kuala Sentul DiHati FM serta Sayang FM adalah diantara contoh radio internet yang dapat kita berikan disini, mungkin ada banyak lagi atau banyak lagi yang akan tumbuh dimasa-masa depan.
Kuala Sentul DiHati FM adalah santuhan Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Adun Kuala Sentul.
Kebelakangan ini dengan gabungan teknologi radio internet Kuala Sentul DiHati FM dan Live (Stream) di Facebook, beliau telah mewujudkan 'saluran tv' khas yang dapat ditonton pada masa-masa tertentu.
'Bicara pagi' setiap pagi dan 'Borak-borak DSSS' pada setiap malam Isnin jam 9.30 malam akan dapat kita tonton di facebook, maka tidak hairanlah Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin adalah diantara wakil rakyat yang terkehadapan sekali dimedia sosial di negeri Pahang khususnya kerana pandangan jauh beliau selama ini.
Selain dari radio internet Kuala Sentul DiHati FM yang boleh didengari di url yang diberi, Sayang FM yang berpusat di Chini juga boleh didengari di alamat url berikut: http://www.sayangfm.com/

Subscribe to receive free email updates: