Kleptokrasi: Selepas China kuasai Proton, wakil jualan Bumiputera dibimbangi ‘bungkus’ infomalay12.blogspot.com


Wakil jualan dan vendor Bumiputera bagi Proton yang diterajui Dr Li Chunrong sejak November lalu dibimbangi terus terbeban dan gulung tikar akibat pelaksanaan polisi di bawah pengurusan baru jenama kereta nasional itu.
Selepas China kuasai Proton, wakil jualan Bumiputera dibimbangi ‘bungkus’Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendedahkan pengurusan baru Proton tidak lagi menghiraukan kepentingan agenda Bumiputera apabila melaksanakan banyak dasar baru yang menekan wakil-wakil jualan.
Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, Geely yang menguasai Proton mengambil alih kesemua pengurusan tertinggi sehingga menjejaskan nasib kira-kira 85 peratus wakil jualan Bumiputera yang masih bertaraf 1S (Jualan).
“Sekarang pun mereka sukar untuk bersaing dengan pengedar bukan Bumiputera apatah lagi dengan dasar kuku besi, bagaimana mereka dapat bertahan?” luahnya dipetik daripada wawancara Mingguan Malaysia hari ini.
Bahkan, dedahnya, ramai wakil jualan Bumiputera telah bertukar tangan dan menutup operasi sejak November lalu akibat kerugian teruk yang berlarutan sekitar 40 hingga 50 peratus setiap bulan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Menurutnya, wakil jualan hanya diberi tempoh kurang setahun untuk wajib menaik taraf status daripada 1S kepada 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) bagi membolehkan model baharu Geely-Proton, Boyue dijual.
Walau bagaimanapun, kos naik taraf itu, jelasnya, menyebabkan pengedar perlu melabur antara RM3 juta hingga RM5 juta ketika jualan kereta Proton pada masa ini secara purata hanya sekitar 20 hingga 30 unit sebulan.
Beliau berkata, syarat ketat pinjaman bank dan wujudnya kecenderungan pilih kasih pihak bank terhadap Proton berbanding jenama kereta lain antara penyebab kereta tidak boleh dijual.
Dakwanya, pengurusan baru Proton akan menukar wakil jualan lain yang berkemungkinan besar majoritinya bukan Bumiputera jika tidak mematuhi syarat penukaran status pusat servis kepada 3S itu.
“Di Lembah Kelang ini terutamanya, mana nak dapat tanah untuk bina bangunan sendiri atas tanah seluas 0.61 hektar (1.5 ekar) seperti ditetapkan pengurusan baru Proton ini. Jelas tidak logik.
“Wakil jualan Bumiputera tidak mampu untuk menyewa atau membeli tanah 0.61 hektar tersebut. Akhirnya di Lembah Kelang, saya percaya akan dimonopoli oleh wakil jualan bukan Bumiputera,” ujarnya sambil memberitahu hanya ada dua sahaja wakil jualan Bumiputera di Lembah Kelang yang bertaraf 3S.
Sehubungan itu, Zainuddin menjangkakan perniagaan golongan vendor Bumiputera turut terjejas teruk sehingga memaksa gulung tikar menjelang pertengahan tahun ini.
“Saya rasa semuanya akan bungkus, mati. Tidak mustahil dalam lima hingga enam bulan ini, vendor-vendor Bumiputera pula akan ‘mati’, bisnes tutup tak boleh berniaga.
“Margin sedia ada pun tidak mampu menampung kos operasi inikan pula saya difahamkan mereka nak kurangkan lagi 30 peratus,” tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: