Harga CCTV Di Penang RM66,500 Seunit? Boleh Jadi CCTV Ini Boleh Zoom Jerawat Dengan Harga Ini @cmlimguaneng? infomalay12.blogspot.com



Kita faham apabila harga barangan di Pulau Pinang tinggi. Ini sesuai dengan taraf kota metropolitan dan kota sejarah di sana. Walau bagaimanapun, janganlah sampai kos untuk mengadakan 'feasibility study' untuk mengadakan kertas kerja, saya ulang kertas kerja berharga RM300 juta! Terbaru kos gila yang diiimplementasikan di Pulau Pinang adalah harga kamera CCTV yang berharga RM66,500 seunit!!! Baca laporan The Malay Mail, di sini.

Pertama, kita faham kos ini termasuk harga pennyelenggaraan, pengurusan dan sistem sokongan seperti yang dinyatakan oleh EXCO negeri, Chow Kon Yeow. Namun, takkan harga sebegitu tinggi seperti yang dibandingkan oleh Ketua Operasi Task Force MCA Komtar, Tan Hing Teik. Tan dalam laporan akhbar berkenaan berkata purata kos memasang CCTV berkenaan adalah sebanyak RM600 termasuk upah dan peralatan.

Kita andaikan anggaran kos RM600 yang dinyatakan oleh Tan adalah tidak tepat. Kita ambil harga seunit adalah RM10,000. Dengan harga anggaran baru ini, harga CCTV di Pulau Pinang masih lagi 6 kali lebih tinggi.

Kedua, kita akui dan terima penerangan EXCO negeri yang mengatakan projek berkenaan diberikan melalui tender terbuka melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP). Persoalannya, adakah tender terbuka berkenaan diberikan kepada syarikat tender yang meletakkan harga yang paling rendah atau kepada syarikat kroni walaupun harga tinggi melangit?

Subscribe to receive free email updates: