PUTRAJAYA 6 Feb. – Guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, perkara itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua guru.
Ditanya adakah insiden kehilangan telefon bimbit seorang guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu berlaku di dalam bilik darjah, beliau berkata, pihak kementerian masih belum menerima laporan penuh daripada polis.
“Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian 22 Januari lalu, seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Nibong Tebal dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.
Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung insiden tersebut, namun yang terbaik adalah menunggu hasil siasatan penuh daripada polis.
Beliau berkata, sekiranya polis telah mengeluarkan laporan, kementerian pastinya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.
Terdahulu, beliau memberitahu, kementerian menawarkan 30 tempat untuk guru-guru sekolah Tamil mengikuti program sesi kedua menulis kertas cadangan untuk permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan dalam bahasa Tamil dan Sastera Tamil.
Beliau berkata, sesi pertama akan diadakan pada 10 Februari ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Fletcher, Kuala Lumpur dan seramai 30 guru sekolah Tamil telah dipilih, manakala untuk sesi kedua, pendaftaran masih terbuka dan dijadual diadakan pada 18 Februari ini di tempat yang sama.
“Program menulis kertas cadangan ini pertama kali diadakan sebagai inisiatif kementerian membantu guru-guru sekolah Tamil yang berminat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi agar lulus dalam menulis kertas cadangan memohon ke HLP.
“Tahun ini, HLP menawarkan sebanyak empat tempat di peringkat sarjana dan dua tempat untuk ijazah doktor falsafah dalam bidang bahasa dan Sastera Tamil. Diharap tawaran ini dapat diisi sepenuhnya,” katanya
Guru-guru yang berminat mengetahui lanjut berhubung program menulis kertas cadangan itu boleh menghubungi kementerian di talian 03-8884 6040.
Sumber: Utusan Online

loading...