Fitnah Liwat 2: Siri jelajah demi pertahankan badan kehakiman, kata Shafee infomalay12.blogspot.com

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada Mahkamah Rayuan hari ini bahawa tindakannya mengadakan ceramah dan sedia diwawancara selepas Ketua Umum PKR disabitkan dengan kes Liwat II adalah demi membela badan kehakiman.
Ini, kata Shafee, selepas "serangan" ke atas badan kehakiman ketika itu daripada Anwar, dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong dan Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliu merujuk kepada kenyataan Anwar dari kandang tertuduh semasa hukuman dijatuhkan, di mana pemimpin pembangkang itu membidas badan kehakiman, dan ini tidak dihalang oleh peguamnya, Datuk Gopal Sri Ram.
Peguam kanan itu juga menunjuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Leong sehari selepas keputusan mahkamah persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, yang bertajuk "Pendakwaan atau Penganiayaan," yang disifatkannya sebagai "nakal". "Saya terkejut melihat kenyataan itu, yang bagi saya satu penhinaan, dilakukan dengan tanpa peduli dan nakal," kata Shafee sambil menambah bahawa kenyataan Ambiga beberapa hari selepas keputusan itu juga adalah "menghina".
"Saya melihat semua ini sebagai satu penghinaan terhadap mahkamah, tetapi tiada tindakan diambil ke atas Anwar, Leong atau Ambiga," katanya kepada mahkamah rayuan.
Shafee mewakili dirinya sendiri dalam rayuan terhadap saman fitnahnya terhadap peguam kanan Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George, Badan Peguam Malaysia, dan Leong, kerana mahu membentang usul membantah usahanya untuk mengadakan siri jelajahnya.
Samannya sebelum ini telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah pada tahun 2016.
Selain siri jelajah itu, Shafee turut diwawancara oleh New Straits Times dan Utusan Malaysia, yang menurutnya sebagai mengulas kenyataan Leong dan Ambiga.
"Sebagai pendakwa raya dalam kes itu, saya merasakan ada keperluan untuk melindungi badan kehakiman," katanya.
"Sejak tahun 1988, di mana saya hampir ditangkap bersama dengan Ambiga, saya sentiasa mempertahankan badan kehakiman.
"Saya juga bersedia untuk berdebat dengan Sri Ram (foto, bawah) mengenai persoalan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif sebagai hakim tambahan, tetapi perdebatan itu dibatalkan pada saat-saat akhir," katanya, sambil menambah bahawa itu adalah sifatnya.
Shafee juga berkata, bahawa beliau mendapati adalah pelik bagi anggota Badan Peguam untuk menyerang badan kehakiman. Atas sebab itu, katanya, beliau bersetuju untuk mengambil bahagian dalam ceramah Umno di Kelana Jaya seminggu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan hukuman ke atas Anwar.
'Cubit puting'
Shafee juga mempertahankan dakwaannya pada ceramah di Kelana Jaya bahawa Anwar telah mencubit puting pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Katanya, ini adalah berdasarkan pengakuan daripada seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :