KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Difahamkan bekas perdana menteri itu keluar dari IJN kira-kira jam 4.45 petang tadi dan akan berehat untuk beberapa hari.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN Sabtu lalu kerana jangkitan di dada selepas diserang batuk.
Ini kali ke-2 dalam tempoh 18 bulan calon perdana menteri PH itu dimasukkan ke IJN akibat jangkitan di dada, selepas Ogos 2016 untuk rawatan dan pemerhatian.
Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di IJN pada 1989, selepas mengalami masalah jantung. Beliau kemudiannya menjalani satu lagi pembedahan pintasan jantung pada 2007.
Pada 2013, pengerusi PPBM itu turut dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan akibat jangkitan di dada.
Related Posts :
[Video Ucapan Wakil BN Pasir Salak memalukan Umno/BN & 'Umno telah beri gunung kpd tauke judi?'] Hanya Tun M yang mampu kalahkan Umno, kata Salahuddin. infomalay12.blogspot.com
… Read More...
TUN M: ROS telah respon Pendaftaran PH, Tegur Logo, KIta Akan Ubah infomalay12.blogspot.com
Logo Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi penghalang Logo Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi penghalang gabungan parti pembangkang untuk di… Read More...
DENDAM POLITIK BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA infomalay12.blogspot.com
Baru-baru ini media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad , bekas perdana menteri, akan bertanding di kawasan Parlimen P.85 Pekan, … Read More...
[Video ROS nasihat betulkan logo HARAPAN - Tun M] Pakatan Harapan perlu ganti logo, tiada masalah kandungan perlembagaan. infomalay12.blogspot.comJumaat, 28 Julai 2017
Pakatan Harapan perlu ganti logo, tiada masalah kandungan perlembagaan
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan hari ini… Read More...
DENDAM POLITIK BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA infomalay12.blogspot.com
Baru-baru ini media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad , bekas perdana menteri, akan bertanding di kawasan Parlimen P.85 Pekan, … Read More...