Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan China Railway Construction Corporation (CRCC) telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka bukan pemegang saham dalam projek Terowong 'Special Purpose Vehicle (SPV)'. Hujah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan projek terowong bawah laut berkenaan disokong modal berbayar berjumlah RM4.5 bilion tidak lagi boleh digunapakai.
Hal ini mengakibatkan, MalaysiaKini mengeluarkan laporan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah melakukan kesilapan dengan menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham, di mana kesilapan ini telah dilakukan di dalam sidang media rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan telah diulang sebanyak 6 kali di pelbagai majlis lain kepada media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, sebagaimana didedahkan oleh Wee Ka Siong dalam sebuah video yang di muat naik minggu lepas. Tonton video di bawah.
Hari ini, sekali lagi Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan Sidang Media bagi menepis dakwaan kononnya konsortium SPV tidak menepati syarat RM381 juta sebagai modal berbayar semasa kontrak berkenaan diberikan memandangkan fakta sekarang adalah BUCG menarik diri sebagai pemegang saham konsortium SPV dan CRCC tidak pernah dilantik sebagai pemegang saham.
Joseph Lim Guan Eng berdalih dengan memberi alasan CRCC adalah sebuah syarikat kontraktor besar. Persoalan utama adalah, bagaimana kontraktor besar mana sekalipun hendak mendpatkan bayaran sekiranya pemegang saham iaitu konsortium SPV tidak mampu membayarnya?
Di akhir Sidang Media, Joseph Lim Guan Eng menuduh DS Liow Tiong Lai menyalahgunakan kuasa untuk mensabotaj projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menuduh DS Liow sebagai jurucakap CRCC? Aapa susah hendak menjawab tuduhan Joseph Lim Guan Eng ini. Minta sahaja CRCC mengeluarkan penafian atau arahkan CRCC untuk mendakwa dan menyaman DS Liow kerana memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika memang apa yang dikatakan DS Liow adalah salah. Apapun, kesimpulannya, Tokong aka Khalifah Umar Abdul Aziz sudah terperangkap.