Saya meneliti kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu menjaga kebajikan rakyat.
Tetapi apa yang dilihat kini, kerajaan Umno BN hanya membuatkan rakyat di negara ini menjalani kehidupan seharian dalam keadaan yang tidak menentu.
Bebanan kos sara hidup terpaksa ditampung dengan kenaikan harga barang, mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam keadaan ketidaktentuan nilai ringgit.
Saya cukup yakin majoriti rakyat tidak mudah lupa dengan janji-janji retorik pada 2013, yakni sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.
Rata-rata janji yang ditaburkan hanya tinggal janji tanpa perlaksanaan yang serius ke arah itu.
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Umno BN kini sudah tidak mampu untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat sekali gus telah mengkhianati negara demi kepentingan peribadi dan kroni sahaja.
Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa bersedia menggantikan Umno BN untuk menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Malah HARAPAN berjanji akan memerintah dengan baik dengan menjaga kebajikan rakyat, mengembalikan maruah negara dan akan memastikan pemimpin-pemimpin Umno BN yang melakukan pelbagai kesalahan rasuah dapat diheret ke muka pengadilan.
Sebagai contoh terdekat, negeri yang ditadbir oleh HARAPAN seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Kerajaan negeri sentiasa melaksanakan program dan inisiatif kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Ini dapat dilihat apabila kerajaan Selangor tidak pernah berputus asa untuk membantu dan meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kesan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
Sekiranya selepas PRU ke-14 diadakan dan kerajaan HARAPAN dapat dibentuk, saya amat yakin bahawa ianya akan menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab memajukan ekonomi, memupuk perpaduan kaum, menjamin keamanan serta keadilan di samping mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
WILLIAN LEONG