Berikut adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya Umum (PRU14):
1. Akan munculnya makhluk yang datangnya empat tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.
2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.
3. Jalan-jalan kampung yang berlopak tiga tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga ditar lapisan baru.
4. Upacara pecah tanah di sana-sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.
5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu dua tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama empat tahun.
6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas di dada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.
7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin lima sen seminggu setiap liter.
8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.
9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang, menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.
10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.
11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.
12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan empat tahun dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu sahaja.