Video Wanita Terima Padah Jual Produk Tayang Punggung. infomalay12.blogspot.com


BANGKOK: Seorang wanita telah didakwa gara-gara mendedahkan punggungnya semasa mempromosikan krim pemutih secara dalam talian kerana tersalah label hingga telah melanggar peraturan perlindungan pengguna.

Suspek, Nitthakarn Nunthasuteepat yang berasal dari wilayah Nonthaburi telah dibawa ke balai polis Bahagian Perlindungan Pengguna, daerah Lak Si, Bangkok untuk disoal siasat.

Walaubagaimanapun, pada Khamis yang lalu, dua peguamnya telah mempersoalkan tindakan pihak polis kerana wanita itu didakwa telah mendedahkan punggungnya sendiri ketika mempromosi krim pemutih pada laman Facebooknya.

Menurut Ketua bahagian itu, melalui siasatan awal pihaknya telah mendakwanya kerana tersalah meletak label pada produk itu dan ia telah mengelirukan ramai pengguna.

Namun, wanita itu telah dibenarkan untuk diikat jamin.

Dalam pada masa yang sama, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) juga turut diminta untuk memeriksa krim berkenaan untuk mengetahui sama ada ia mengandungi bahan berbahaya, termasuk jika promosinya keterlaluan.

Sementara itu, polis bahagian jenayah teknologi juga akan turut mengkaji kemungkinan untuk mendakwa wanita terlibat kerana menyiarkan gambar lucah dalam sistem komputernya.

Suspek juga turut berkata, media sosial telah menjadi satu laman sosial yang sesuai untuk digunakan bagi memperkenalkan produk itu untuk meningkatkan jualan dan kaedah itu telah dilakukan sejak lebih setahun lalu.

Di samping itu, suspek juga menafikan perbuatannya bersifat lucah kerana dia tidak mendedahkan bahagian sulitnya, selain telah merujuk peguam mengenai perkara itu.

Suspek yang merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan ibunya itu juga menegaskan bahawa dia memiliki lesen FDA untuk produk berkenaan. Sumber: E Berita, Editor: Amira

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :