Video Lelaki Tolak Ibu kandung Dari Bangunan Kerana Tidak Larat Menjaganya infomalay12.blogspot.com


Seorang lelaki yang merawat ibunya yang sudah tua dan uzur bertindak untuk menolak ibunya dari tangga Apartmen gedung Darshan Avenur di daerah Gandhigram, Rajkot, Gujarat.

Beliau melakukan tindakan kejam itu kerana berasa terlalu lama dan letih untuk menjaga ibunya itu.

Wanita Malang yang bernama Jaishree Ben Nathwani, 64, menderita pendarahan otak tinggal bersama anaknya Sandip Nathwan, 36, yang bekerja sebagai profesor di Mody Pharmacy College di Rajkot, bersama isteri dan dua anak perempuannya.

Pada awal siasatan pihak polis mengatakan kematian Jaishree Ben Natwani sebagai kes bunuh diri namun entah dari mana pihak polis menerima surat yang mengatakan bahawa Jaishree meninggal kerana dibunuh.

Pihak polis kembali membuka kes tersebut dengan memeriksa kembali bukti-bukti yang ada termasuk rakaman CCTV yang ada di apartmen tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Sandip membawa ibunya yang hampir tidak boleh berjalan ke teras dan kembali semula ke rumah tanpa ibunya.

Selepas itu ada seseorang yang datang dari bawah mengetuk pintu rumah Sandip dan dia turun ke bawah.

Sandip tiba di teras apabila ibunya sudah meninggal dan pihak polis menyimpulkan bahawa Sandip menolak Jaishree dengan sengaja.

Sandip akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh ibunya kerana sudah tidak sanggup lagi merawat dan menjaga ibunya yang sudah lama sakit. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: