Seorang bayi yang bernama Arjuna menghidapi pelbagai penyakit kronik sejak lahir telah menemui ajalnya pada tarikh 6/1/2018 (sabtu).
Arjuna menderita gangguan saraf akibat kecederaan di otak yang disebabkan kuman/virus yang meningitis. Selain itu adik Arjuna juga menghidapi radang paru-paru dan young hypertension (darah tinggi) yang kronik.
Menurut ibunya, ketika dia hamilkan Arjuna kesihatan dia dan kandungan tiada masalah dan sihat-sihat sahaja, kecuali dia mengalami paras glukosa tinggi dan disaran mengambil suntikan insulin.
Namun, Allah lebih sayangkan anak ini dan penderitaannya telah berakhir semalam.
Pihak keluarga telah membawa pulang adik Arjuna ke kampung halaman di Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor dan dikebumikan hari ini, pada pagi tadi.
Semoga ibu bapa dah seluruh ahli keluarga tabah menerima dugaan ini. Editor:Farhana