Suka Adik Ipar.. Salahkah Saya??? infomalay12.blogspot.com


Seorang janda anak dua telah diceraikan oleh suaminya kerana kaki perempuan. Dia terpaksa menumpang rumah adik perempuannya kerana tidak memiliki rumah sendiri. Adik perempuannya sudah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Puas merata tempat si janda mencari kerja tetapi tiada satu pun yang memanggilnya.

Tahu-tahu sahajalah bila seorang isteri yang sudah pun diceraikan sememangnya akan berasa sunyi. Begitu juga dengan si janda ini.

Jika mana-mana panggilan kerja yang memanggilnya pasti dia akan bersetuju kerana wang dalam akaunnya semakin berkurangan. Sudah dua bulan dia tidak mendapat pekerjaan. Jika dia mendapat tawaran kerja sudah pasti diambilnya.

Anak pula sudah pun terlintas di fikiran untuk dihantar ke kampung dapatlah  diasuh oleh nenek mereka. Adiknya lebih suka kakaknya tinggal sahaja di rumah untuk menjaga anak-anak.

Kerana itu, lebih memudahkan kerjanya supaya tidak perlu mencari pengasuh.Faham sahajalah zaman sekarang memang susah untuk mencari ibu asuhan yang benar-benar sayangkan budak-budak.

Oleh sebab itu, si adik tadi lebih rela kakaknya yang mengasuh anak-anaknya di rumah. Suami si adiknya juga turut tinggal bersama mereka.

"Alhamdulillah adik dan suaminya memberikan layan yang sangat baik,"katanya. Disebabkan layan yang baiklah si janda tadi merasakan sesuatu didalam dirinya. Rasa seperti ingin disayangi, di kasihi dan dimanjakan oleh si suami.

Malangnya, ia hanya menjadi satu mainan didalam minda si janda tadi sahaja. Tetapi ada kalanya suara jahat yang menghasut dia untuk lebih rapat dengan adik iparnya. Yalah, jiwa muda mana yang boleh tahan bila rasa sunyi sebegini. Sudah lah diceraikan tanpa mempunyai rumah sendiri. Terpaksa pula menumpang rumah adik perempuannya.

Dia juga pernah membayangkan kalau-kalau dia dapat mengahwini seorang lelaki sama seperti adik iparnya. Alangkah bahagianya hidup punyai suami seperti dia. Sudah lah kacak,
bertanggung jawab,sayangkan anak-anak lagi.

Kata orang semua yang ada pada adik iparnya memang lengkap lah. Tetapi untuk mencari lelaki seperti ini memang seribu dalam satu.

Walhal,dia tahu semua apa yang di rasanya itu adalah salah di sisi agama islam. Tetapi, hati ini sememangnya sangat sunyi sejak diceraikan oleh suami. Hanya anak-anak lah tempat untuk mencurahkan rasa sayang dan rindu yang semakin menebal ini.

"Iya, saya sedar akan status diri saya, tapi saya sangat sunyi dan selalu ingin dibelai setiap hari. Anak-anak  memerlukan seorang ayah untuk mereka membesar.

 Dia lebih suka jika adik perempuannya itu pergi bekerja atau keluar bersama kawan-kawannya. Pada saat ini dapatlah saya ambil sedikit perhatian dari adik ipar dengan memanja serta membelai anak-anak di depannya. Mungkin dengan cara ini dapatlah mencuri sedikit perhatian darinya.

 Anak-anak adiknya lebih rapat dengannya berbanding dengan ibu mereka sendiri., yelah adiknya kan sibuk bekerja kadangkala pulang dari tempat kerja dengan keadaan jalan yang agak sesak sememangnya menganggu emosi si ibu tadi. Sebaik  sahaja tiba di rumah dia perlu menyediakan makanan untuk makan malam sehingga kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak yang kian membesar.

Salahkah saya menyimpan perasaan ini? Perlukah saya meluahkan  kepada adik ipar saya tentang perasaan yang sudah lama terbuku dihati ini? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam kehidupan saya. Pernah juga terlintas di fikiran untuk memendam sahaja apa yang saya fikirnya.

Tetapi semakin saya pendam semakin kuat rasa bersalah didalam diri saya. Saya perlukan kepastian untuk persoalan ini.

Dalam situasi ini anak-anak lah yang akan menjadi mangsa keadaan. Benar anak-anak memerlukan seorang ayah untuk meningkat dewasa. Tetapi jika tuhan telah menetapkan jodoh seseorang setakat ini sahaja siapa kita untuk menolak ketentuan yang sudah tertulis di luh mahfuz. Editor: Ila


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :