Sedihnya Makcik OKU Di Halau Keluar Dari Rumah Gara-Gara Tiada Wang. infomalay12.blogspot.com


Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah saya terserempak dengan seorang wanita dalam lingkungan 40 an yang sedang mendukung seorang anaknya yang masih kecil dan seorang lagi dalam usia 2 tahun. Kedua-dua anaknya adalah perempuan. Pilu hati saya melihat keadaan kakak tersebut.

Hati saya terdetik untuk bertanya kepada kakak ini mengapa dia dan anak nya tinggal di tepi jalan pada waktu-waktu sebegini.

"KTM sudah pun tutup," katanya. Oleh sebab itu dia dan anak-anak bernekad untuk bermalam di tepi jalan sahaja. Mahu tidur di hotel dia tiada sebarang wang.

Untuk maklumat semua kakak ini adalah orang kurang upaya (OKU). Ibu dan ayahnya sudah pun meninggal dunia.

Dia dihalau dari rumah semata-mata kerana tiada wang. "Tiada duit,kau jangan balik", kata kakaknya. Ayat ini masih lagi segar dalam ingatnya sehingga ke hari ini.

 Beliau bekerja di Kota Raya sebagai tukang cuci pinggan. Berapa lah sangat gaji yang dapat diperoleh nya jika mahu diikutkan, tentu sahaja gaji tersebut sudah  habis untuk membeli pampers anak-anak yang masih kecil ini.

Sudah lah suami baru sahaja meninggalkan dia. Ceritanya bermula apabila Siti Rubiah Binti Shaari, 43 tahun meminta kad bank miliknya yang telah dipegang oleh kakaknya untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi belanja seharian.

Namun, apabila dia ke bank  berjumpa dengan salah seorang pegawai bank yang bertugas di situ menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang wang didalam akaun tersebut.

Padahal seingat dia baki didalam akaun tersebut sudah pun mencecah RM 5k. Alangkah terkejutnya Siti Rubiah apabila dia mendengarnya dari mulut pegawai bank tersebut.

 'Sudah pasti wang tersebut telah dikeluarkan oleh kakaknya kerana dia sahaja yang memegang kad bank saya," katanya.

Siti Rubiah berasal dari Teluk Intan, Perak.Oleh sebab adik beradik yang lain mempunyai keluarga masing-masing jadi mereka memang tidak pernah memperdulikan keadaan Siti Rubiah sekeluarga. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pepatah melayu ini memang cukup kena dengan dirinya.

Sehinggakan anak-anak mahu makan dan minum terpaksa meminta-minta kepada orang ramai kerana dia tidak mempunyai sebarang wang saku.

"Tebal kan sahaja muka demi anak-anaknya. Asalkan anak-anak dapat mengalas perut."katanya.

Saya menasihati beliau (Siti Rubiah) untuk membuat kad bank yang baru bagi mengelakkan sebarang kecurian berulang kembali. Saya juga menegaskan kepadanya supaya menukar nombor pin kad banknya.

Kami seramai 4 orang hanya mampu menghulur kan sedikit bantuan kewangan kepada beliau. Saya juga berjanji kepadanya untuk pergi ke baitulmal berdekatan bagi memohon sedikit sumbangan kepada Siti Rubiah supaya mereka sekeluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Saya juga memohon orang ramai supaya menghulur kan sedikit bantuan kepadanya melalui akaun bank yang tertera. Dengan cara ini sahaja kita mampu meringankan beban beliau.  Editor : Ila










Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :