Rakan Biker Dari Malaysia Kemalangan Di Patthalung infomalay12.blogspot.com


Berita baru di terima dari rakan biker Malaysia bahawa salah seorang dari kumpulan itu telah di timpa kemalangan.

Pada jam 4.25 petang ( waktu Thailand ) kemalangan di Patthalung melibatkan sepasang suami isteri, mangsa di kenali sebagai Mr. Mohamad Arif, meninggal dunia manakala isteri mangsa hanya cereda ringan.

Kemalangan itu di antara motosikal dan pacuan 4 roda, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu turut membantu dan menghubungi pihak ambulans dan polis.

Mangsa telah di bawa ke hospital berdekatan tapi sayang sekali, mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ramai yang bagi andaian tentang kemalangan itu, tetapi kes ini masih lagi dalam siasatan. Tidak ada lagi kata putus.

Pihak waris sedang melakukan proses untuk membawa pulang Jenazah ke Tanah air. Mohon semua rakan mendoakan agar dipermudahkan urusan.Al-Fatihah. - Editor: Amylea Nazrul






.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :