Laporan yang dibuat seorang wanita berhubung anaknya terjatuh ke dalam sungai di Felda Jengka 15, Maran ketika mereka memancing bersama, petang semalam rupanya palsu dan sengaja dirancang.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Norzamri Abd Rahman berkata, beliau mengesahkan wanita tersebut hadir ke balai dan mengakui laporan yang dibuat sebelum ini palsu.
Menurutnya, ‘mangsa’ yang tinggal bersama ibunya sejak dua bulan lalu berada dalam keadaan tertekan apabila terpaksa berpisah dengan empat anaknya.
“Ketika kejadian dia memang berniat untuk terjun ke dalam sungai itu tetapi dinasihati ibunya dan merancang seolah-olah ia kes lemas.
“Rancangan itu dibuat dengan harapan ‘mangsa’ dapat berjumpa dengan anak-anaknya semula,” katanya.
Norzamri berkata, wanita tersebut dan anaknya dibawa ke balai untuk merakam percakapan mereka.
“Satu laporan telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana membuat penyataan palsu,” katanya.
Perkembangan itu memeranjatkan pasukan mencari dan menyelamat yang meneruskan operasi mencari mangsa pagi ini selepas dihentikan petang semalam.
Related Posts :
HISHAMMUDDIN, ZAMBRY TERIMA ANUGERAH infomalay12.blogspot.com
Kuala Lumpur - Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi… Read More...
Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti' infomalay12.blogspot.com
Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Teluk Kemang mengecam tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi… Read More...
Najib perlu batal jumpa Trump, ikut Pope ke Myanmar infomalay12.blogspot.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melawat Rumah Putih b… Read More...
Adakah China sedang jajah Malaysia? Tidak, tapi... infomalay12.blogspot.comKolonialisme berdasarkan sejarah, berbeza dengan kepercayaan kebanyakan orang, tidak bermula dengan sebuah peperangan . Kolonialisme British… Read More...
HISHAMMUDDIN, ZAMBRY TERIMA ANUGERAH infomalay12.blogspot.com
Kuala Lumpur - Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi… Read More...