Mahathir kecewa tidak dibenarkan melawat Anwar infomalay12.blogspot.com

Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed berjalan bersama Nurul Izzah Anwar ketika tiba untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDINA BDUL RAHIM
(Ubah saiz teks) 
 
CHERAS - Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa selepas gagal menziarahi Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini, sebentar tadi.
Beliau yang tiba di hospital terbabit pada jam 4.15 petang gagal bertemu Anwar kerana tidak dibenarkan masuk oleh Jabatan Penjara.

Pengerusi Harapan itu memaklumkan bahawa arahan itu di keluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Saya cuma nak kata saya tak dapat jumpa (Anwar) kerana saya diberitahu arahan diberi supaya tidak boleh berjumpa dengan Anwar.

"Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana menteri).
"Tapi yang saya sedih, negara kita negara demokratik tapi perkara semacam ini tak pernah berlaku di zaman saya sewaktu saya seorang ditaktor. Tak pernah saya larang sesiapapun berjumpa dengan sesiapa," katanya kepada media di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Katanya, "nak jumpa orang pun tak boleh, orang sakit nak pergi tengok pun tak boleh. Inilah keadaan dalam negara kita."

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :