Kejam!!! Ibu Dibunuh Kerana Permainan Video infomalay12.blogspot.com


CALIFORNIA – Seorang lelaki berusia 28 tahun sanggup membunuh ibunya kerana alat pendengaran permainan videonya rosak.

Suspek telah ditangkap oleh pihak polis.

Matthew Nicholson dikatakan sedang bermain permainan videonya di dalam bilik di rumahnya yang terletak di Ceres sebelum bertengkar dengan ibunya Lydia, 68.

Menurut laporan, Nicholson mendakwa ibunya telah merosakkan alat pendengaran miliknya dan mengancam mahu menembak wanita itu dan bapanya, Loren, 81.

“Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan dan salah satu terkena kepala ibunya, melihat kejadian bapanya bertindak merampas pistol tersebut,” kata polis.

Ketika cuba melarikan diri menggunakan kereta kakaknya, lelaki itu berjaya ditahan dalam sekatan jalan raya selepas beberapa insiden berkenaan berlaku.

“Saya difahamkan dia mahu membunuh bapanya juga tetapi pistol itu tersekat,” kata seorang kenalan keluarga berkenaan kepada Fox 40. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :