Kedudukan Malaysia dalam indeks pilihan raya global membimbangkan infomalay12.blogspot.com

Sebuah badan pemikir hari ini memberi amaran proses pilihan raya negara memerlukan pembaharuan segera, susulan laporan mengenai kebebasan pilihan raya global yang meletakkan Malaysia di tangga ke-125 daripada 198 negara.
Indeks Kebebasan Pilihan Raya Dunia 2018 yang dikeluarkan pertubuhan hak asasi berpangkalan di Madrid, Foundation for the Advancement of Liberty membuat penilaian ke atas 4 komponen, iaitu Pembangunan Politik (PDI), Kebebasan Hak Mengundi Aktif (ASFI), Kebebasan Hak Mengundi Pasif (PSFI) dan Pemerkasaan Pengundi (EEI).
voteMalaysia mendapat 61.95 daripada 100 mata, satu anak tangga mengatasi Indonesia dan beberapa negara lain seperti Pakistan (94), Filipina (103), Nigeria (104) dan Gambia (123).
Ireland mendahului semua negara lain dengan 80.44 mata, diikuti Iceland dan Switzerland yang terikat kepada 78.98 mata.
Negara yang berada di bawah indeks itu adalah Thailand (13.84), Arab Saudi (12.62) dan Brunei (4.52).
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, kedudukan Malaysia di indeks itu meletakkannya dalam kategori “tidak mencukupi” (60-65 mata), yang turut termasuk negara seperti Libya (63.53) dan Bangladesh (63.47).
Daripada 4 komponen itu, katanya, pencapaian Malaysia paling baik dalam PSFI yang meletakkan di kedudukan ke-8 daripada 198 negara.
PSFI mengukur tahap kebebasan rakyat sebuah negara menjadi calon, menubuhkan parti politik dan dipilih oleh masyarakat.
Bagaimanapun katanya, dalam kategori EEI, Malaysia berada di ranking “sangat teruk” 184 daripada 198 negara.
EEI mengukur tahap keberkesanan pilihan raya, prosedur pengundi membuat keputusan langsung, pluralisme politik, kuasa sebenar wakil rakyat dan keupayaan menjatuhkan mereka serta integriti proses politik.
Penyelaras demokrasi dan tadbir urus Ideas, Aira Azhari menyifatkan kedudukan dan mata diperolehi Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan 15 Januari lalu mengecewakan.
“Dengan pilihan raya umum menjelang tiba, ia menggalakkan jika kita melakukannya lebih baik.
“Prestasi lemah ini perlu menghantar isyarat kepada kedua-dua belah parti politik yang mereka perlu komited kepada tadbir urus telus serta baik, dan tidak kira siapa yang membentuk kerajaan seterusnya perlu sanggup memperbaiki kelemahan dalam sistem pilihan raya kita.
“Ranking rendah dalam kategori EEI adalah petunjuk demokrasi penyertaan kita sangat lemah. Kita perlu menanganinya segera.”

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :