24/1/18

Rosa Regina Feeney. (Foto: IBTimes)
FLORIDA - Seorang ibu di Florida, Amerika Syarikat ditahan polis setelah membuat anaknya yang masih bayi meninggal dunia. Bayi laki-laki berusia sepuluh bulan itu meninggal tenggelam di bathup kamar mandi sebuah hotel.
Ibu berusia 35 tahun bernama Rosa Regina Feeney diketahui tertidur kerana mabuk hingga membuat puteranya terlepas dari pengawasan. Sebagaimana dilansir dari IBTimes, Rabu(24/1/2018), Feeney ditangkap atas tuduhan pembunuhan terhadap anak dan diperparah dengan kelalaian.
Insiden itu terjadi di hotel Deangelo's By The Sea di Melbourne Beach, Florida. Pihak hotel menghubungi pihak keselamatan setelah bayi itu ditemui tak sedarkan diri dan gagal merespons.
Ketika kejadian, Feeney sempat mandi dalam keadaan mabuk dan tak sedar yang bayinya ikut bermain di dalam kamar kecil. Polis yakin Feeney telah mengajak puteranya berendam di bathup sebelum perempuan itu tertidur akibat mabuk dan puteranya dibiarkan bermain sendirian.
Ketika Feeney sedar semuanya sudah terlambat kerana puteranya telah terbujur kaku. Ia sempat berlari ke kamar sebelah untuk meminta bantuan sebelum meminta hotel menghubungi pihak keselamatan. Meski tidak sengaja, polis menegaskan Feeney harus tetap mempertanggungjawabkan atas perbuatannya.