Ibu Muda Kelar Leher Anak infomalay12.blogspot.com


INDONESIA: Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki membunuh bayi yang baru dilahirkannya secara paksa pada 12 Januari yang lalu di Tangerang Selatan.

Suspek yang dipercayai berusia 22 tahun itu telah membunuh bayi tersebut lalu membuangnya ke tempat pembuangan sampah.

Wanita itu dikenali sebagai Yuni itu dipercayai bekerja di sebuah kedai makan di Pondok Aren dan dikhabarkan pada ketika waktu rehat, dia naik ke tingkat tiga, dan berusaha menggugurkan kandungannya yang dipercayai berusia tujuh bulan.

Menurut polis, wanita itu dikatakan mengurut perutnya dengan sejenis minyak, dipercayai minyak kayu putih bagi memaksa kandungannya keluar.

Berdasarkan laporan daripada Ketua Polis Tangerang Selatan, wanita itu kemudiannya bersalin dan bayi yang dilahirkannya masih hidup walaupun kandungannya baru berusia tujuh bulan.

Namun, suspek telah mengambil pisau dan mengelar leher bayi itu, serta memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan terus membuangnya di tempat pembuangan sampah di belakang kedai makan berkenaan.

Keesokannya, suspek memberitahu majikannya bahawa dia tidak sihat untuk bekerja dan majikannya itu terus membawanya ke hospital.

Doktor mengesahkan bahawa wanita dari Nusa Tenggara Timur yang baru satu setengah bulan datang ke Tangerang itu baru sahaja bersalin, lalu doktor tersebut terus bertindak menghubungi polis.

Yuni kemudiannya mengaku melahirkan anak dan membunuh bayi terbabit.

Wanita itu juga mengaku bahawa dia sudah hamil enam bulan ketika datang ke Tangerang Selatan dan polis akan mengesan pasangannya yang setakat ini belum dapat dipastikan sama ada suami atau teman lelaki suspek.

Suspek terus dibawa ke balai polis berhampiran dan akan disiasat serta didakwa mengikut Undang-Undang Perlindungan Anak yang mana akan membawa hukuman penjara selama 15 tahun. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :