Bunuh Kerana Dendam infomalay12.blogspot.com


JAKARTA - Seorang lelaki berdendam dengan majikannya kerana sering dimarahi telah membunuh keluarga majikannya termasuk anak lelaki berusia 8 tahun.

Suspek yang dikenali sebagai Ridwan, 22, berjaya ditangkap oleh Jabatan Jenayah Polis (Reskrim Polresta) Banda Aceh dengan kerjasama Polis Daerah unit Kejahatan dan Kekerasan (Jatanras Polda) Sumatera Utara ketika dia merancang melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada petang Rabu lalu.

Ridwan dilaporkan membunuh majikannya Tjisun, 45, dan isterinya Minarni, 40, serta anak mereka, Callietos Ng, yang baru berusia lapan tahun.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di rumah mereka di Kecamatan Kuta Alam, Kota Banda Aceh, dalam keadaan yang meruntun jiwa.

Menurut polis, punca utama di sebalik pembunuhan itu adalah dendam yang lama terpendam namun tidak dapat menahan lagi.

Jurucakap Polis Daerah Aceh (POLDA) berkata suspek bekerja di kedai runcit milik mangsa dan tergamak membunuh keluarga majikannya kerana terlalu sakit hati akibat sering dimarahi setiap kali melakukan pekerjaan.

Hasil siasatan membuktikan dakwaan mengatakan kejadian itu berkait dengan isu perkauman adalah tidak benar.

“Itu tidak benar. Kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah tulen.

Suspek membuat keterangan menepis dakwaan daripada beberapa pihak media yang mengatakan kes ini berkait dengan perkauman.

Hasil pemeriksaan mendapati luka pada ketiga-tiga mangsa dipercayai diserang menggunakan pisau.

Susulan itu, suspek didakwa kerana membunuh dan berdepan hukuman penjara 18 tahun. Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :