Bagaimanapun Pengarah Pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli berkata, keputusan itu hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, minggu depan.
“Semua kerusi yang Amanah bertanding adalah kerusi yang dahulu Pas bertanding. Ertinya kita tidak ambil kerusi milik DAP ke PKR.
Terdahulu timbul dakwaan bahawa 27 kerusi yang akan ditandingi Amanah adalah kubu kuat Pas selain menganggap partinya mewarisi kerusi tradisi milik parti Islam itu.
Menurutnya, dalam menghadapi PRU14, Amanah berkeyakinan dengan jentera dan persiapan yang kuat.
“Kami berada di sini untuk menentukan siapa yang akan menjadi yang terbaik untuk membawa negara ke hadapan. Bukan untuk tujuan sentimental sahaja,” katanya.
Beliau berkata, sejarah adalah satu faktor tetapi rakyat inginkan keperluan sekarang.
“Sekarang ni memang kita tak patut bincang soal Pas dalam sidang media ini.
“Sejarah memang penting kita kena lihat semula tetapi yang akan tentukan kita bagaimana kita pandang ke hadapan.
“Biarlah Pas dengan kerusi dia. Dia nak bertanding pun memeriahkan. Inilah demokrasi,” katanya.
Pada Konvensyen Pakatan Ahad lalu, diumumkan Bersatu akan bertanding di 52 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan Amanah di 27 kerusi.