Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mengesan aktiviti sindiket yang dikesan aktif mengambil bekalan daun ketum dari beberapa negeri di utara tanah air untuk bekalan di Lembah Klang.
“Mereka membawa beg pakaian dan mengisi 50 hingga 60 kilogram(kg) daun ketum sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres.
Dia berkata, sindiket menggunakan perkhidmatan bas ekspres sebagai pengangkutan utama untuk berulang-alik membawa daun ketum.
“Sindiket akan berulang-alik sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengambil bekalan. Setiap 15kg daun yang direbus dalam satu periuk dapat menghasilkan 200 bungkus air ketum dengan setiap bungkus mengandungi 1 liter yang dijual RM10,” katanya.
“Air ketum kini mendapat permintaan tinggi daripada penagih dadah sebagai alternatif untuk melepaskan gian memandangkan cecair berkenaan lebih murah berbanding dadah sintetik,” katanya.
Terdapat ratusan hektar ladang pokok ketum berskala besar di negara ini yang ditanam sindiket secara tersorok di dalam kawasan kebun getah atau belukar jauh dari kediaman penduduk bagi tujuan penyeludupan.
Kewujudan beberapa ladang ketum ini dibongkar hasil operasi dilakukan pihak polis dan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) di beberapa lokasi terutama membabitkan sekitar Perak. Sumber: MyMetro - Editor: Amylea Nazrul