SIBU: Seorang remaja yang dipercayai berusia 23 tahun telah berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa pemuas nafsu teman lelakinya.
Mangsa dikatakan telah dikurung selama Sembilan hari di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Empelam di Sibu sebelum berjaya melarikan diri pada petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebaik sahaja mangsa berjaya melepaskan diri, mangsa terus ke balai polis untuk membuat laporan supaya tindakan lanjut dapat diambil.
Sebaik sahaja laporan tersebut dibuat, polis berjaya menahan suspek yang berusia 30 tahun di bilik sewa berkenaan sekitar jam 1.30 pagi.
“Mangsa mendakwa dikurung suspek sejak 15 Januari lalu di bilik sewa suspek dan dipaksa melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali sehari.”
“Suspek memukul, menendang dan mengugut mencederakan gadis itu dan keluarganya jika kemahuannya tidak dipenuhi atau mangsa cuba melarikan diri,” katanya.
Namun, mangsa akhirnya berjaya melarikan diri daripada genggaman suspek selepas suspek meminta mangsa untuk mengambil wang daripada ibu saudaranya yang tinggal di Bawang Assan iaitu sebuah kawasan di pinggir bandar.
Walaubagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mengikut kehendak suspek untuk melakukan perkara sedemikian sebaliknya dia bertindak melarikan diri ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa dirinya.
“Mangsa tidak mengetahui mengapa suspek bertindak mengurung dan mengasarinya, selain memiliki kelakuan ganas, namun tidak menolak kemungkinan teman lelakinya itu berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.
Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja laporan diterima dan menurut polis suspek merupakan seorang penganggur.
Dalam pada masa yang sama, suspek akan di reman untuk tindakan lanjut dan dia akan disiasat dibawah Seksyen 357 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mengurung individu yang tidak bersalah dan juga turut melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa.
Tambahnya lagi, remaja perempuan terbabit telah dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan berada dalam keadaan stabil namun dia juga turut mengalami trauma kerana masih lagi mengingati kejadian yang menimpa dirinya itu. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira