Video Warga Emas Cabul Wanita OKU Tular Di Media Sosial. infomalay12.blogspot.com


Seorang wanita yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) dipercayai telah dicabul oleh seorang lelaki warga emas yang tidak pasti lokasinya. Video tersebut yang berdurasi selama 48 saat itu telah tular di media sosial baru-baru ini.

Perbuatan terkutuk tersebut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang berhampiran tepi jalan itu.

Menurut rakaman CCTV, kejadian jam 8.19 pagi itu, kelihatan seorang lelaki warga emas memanggil seorang wanita dipercayai OKU di belakang sebuah kereta sebelum dia bertindak mencabul wanita terbabit.

Wanita tersebut dipercayai marah dengan tindakan lelaki terbabit namun lelaki tersebut mengulangi perbuatan itu sebelum dia beredar kerana ramai orang berada di kawasan tersebut.

Semoga orang ramai peka dengan keadaan sekeliling dan dinasihatkan supaya berhati-hati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Sumber: Online News Today. Editor: Atila Atasha


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :