Saya memang melapangkan diri sejak pagi tadi untuk mendengar ucapan perasmian oleh Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017 bagi tujuan membuat sedikit ulasan atau kritikan di blog ini.
Lebih membuatkan saya rasa teruja adalah kerana perhimpunan tahun ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan dan mungkin juga yang terakhir sebelum parti itu kehilangan kuasanya.
Atau barangkali juga beliau akan menitipkan pesan serta wasiat lantaran kuasa UMNO berakhir di tangannya.
Tetapi, beberapa minit selepas mendengar Najib berucap dengan nada suaranya yang dibuat-buat, kerap meneran dan selalu menjerit, saya jadi loya dan hilang selera untuk menontonnya sehingga habis.
Saya takut jika saya menontonnya hingga hanbis, saya pula yang akan pengsan pada akhirnya.
Lalu, saya memutuskan untuk keluar atas urusan lain dan biarlah saya membaca teks ucapannya saja para sebelah petang bagi tujuan menulis ulasan tersebut.
Malangnya, setelah selesai membacanya, saya dapati tiada apa-apa yang menarik dalam ucapan Najib kali ini. Isinya kosong, penuh dengan perkara-perkara biasa dan hanya ulangan benda-benda lama.
Serangannya kepada Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan DAP langsung tidak memberikan kesan dan tiada yang baharu, apalagi untuk mampu menyentuh jiwa sesiapa yang mendengarnya.
Saya kemudian meneliti beberapa portal atas talian dan turut mendapati tiada apa-apa yang menarik yang telah dijadikan berita besar dan boleh menjadi bahan tulisan saya.
Read More / Baca Lagi >>