Gambar hiasan via SK Tasek Utara |
Pekeliling itu akan berkuat kuasa bermula sesi persekolahan baharu tahun hadapan di sebanyak 504 sekolah termasuk sekolah integrasi, dalam hospital dan penjara.
Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, penggredan itu dikecualikan bagi kelas yang mempunyai pengajian Bahasa Arab dan Bahasa Cina.
Menurutnya, semua pelajar selepas ini akan digabungkan di dalam satu kelas dan tiada lagi kelas pertama, kedua terbaik dan seumpamanya.
“Maknanya, dalam satu kelas akan ada murid yang lemah, pandai dan sebagainya supaya tiada lagi kelas yang mempunyai semua murid lemah,” katanya selepas selesai merasmikan Majlis Pembukaan Bengkel Pemukiman Negara Bangsa Pra-Universiti (Pra-U) #01 di Setiu Agro Resort, di sini.
Shafruddin berkata, pihaknya telah melakukan rintis sejak 2012 dan melihat kejayaan pada sekolah rintis terbabit.
“Kita dah mula buat rintis pada 2012. Sekolah-sekolah rintis ini dah berjaya, malah Terengganu ialah negeri pertama yang buat macam ni, cuma kita tak hebohkan.
“Saya harap sangat murid ini tidak diklasifikasikan mengikut pencapaian dan mahukan dalam satu kelas itu sama rata. Contohnya dalam satu kelas letakkan 10 murid lemah, 10 lagi murid pandai dan begitulah seterusnya,” katanya.
Ditanya mengenai kebimbangan berlaku masalah keciciran murid, Shafruddin berkata, pihaknya telah memikirkan perkara itu dan guru juga bersedia melalui masalah berkenaan.
“Berdasarkan kepada sekolah rintis, cikgu-cikgu ini mampu lakukan sesuatu kepada murid sekiranya wujud defisit (kelemahan).
“Memang tidak dinafikan akan berlaku defisit, tapi kelompok ini akan diletakkan juga dalam satu bengkel untuk mengatasi defisit ini. Kita percaya ia dapat diatasi dengan kepakaran cikgu-cikgu di negeri ini,” katanya.
loading...