3. Lebih mengejutkan apabila Pengerusi FELDA Tan Seri Shahrir Samad sendiri mengakui bahawa transaksi pindah milik tanah-tanah tersebut tidak mendapat kelulusan FELDA dan kerajaan, selain dari tiada sebarang pampasan pun yang dibayar kepada FELDA selaku pemilik asal bagi urusan pertukaran hak milik tersebut.
4. Pendedahan terbaru ini sesungguhnya membuktikan kebenaran tentang kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti-parti politik bahawa FELDA serta anak-anak syarikatnya seperti Felda Global Ventures (FGV), FIC dan sebagainya berdepan dengan pelbagai masalah urustadbir yang teruk bahkan terdapat kemungkinan berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa di sebalik segala transaksi-transaksi ini.
5. Saya tidak peduli apa agenda Berita Harian yang diketahui dikuasai pemerintah melalui Media Prima secara tiba-tiba melaporkan skandal ini dimana berkebetulan pada saat yang sama akhbat New Straits Times (yang juga dimiliki Media Prima) membuka kembali kes kem penyeludupan manusia di Wang Kelian yang dipercayai dilindungi pihak berkuasa.
Berkemungkinan menjelang pilihanraya umum, maka individu-individu yang dilihat menjadi ‘liabiliti’ Barisan Nasional perlu disingkirkan atau ‘dikambinghitamkan’ bagi menunjukkan kononnya kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang bersih dan telus.
6. Perlu diingat bahawa meskipun FELDA dan FIC mempunyai ‘governans’ dan lembaga pengarahnya yang tersediri, namun segala urusan berkaitan hal ehwal FELDA adalah berada di bawah tanggungjawab dan bidangkuasa mutlak Perdana Menteri.
Perdana Menteri sendirilah yang berkeras melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA pada tahun 2011 hingga penghujung 2016 meskipun mendapat bantahan dari para peneroka, kakitangan FELDA, NGO dan parti-parti politik.
7. Saya ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri dan kabinet tidak boeh berlepas diri untuk ‘mencuci tangan’ dari apa jua tindak tanduk Isa Samad termasuk juga dalam hal keputusan-keputusan dan transaksi yang dibuat oleh FELDA, FGV atau FIC semasa beliau menjadi pengerusinya.
Suatu yang sangat mustahil apabila keputusan sebegini besar yang akan membabitkan perobohan ibu pejabat FELDA di tapak asal yang dikenali sebagai Wisma FELDA, diikuti pula projek pembangunan semula tapak tersebut dengan usahasama (joint venture) bersama pemaju swasta serta pindahmilik tanah kepada pemaju tersebut tidak diketahui oleh Perdana Menteri dan kabinet.
Read More / Baca Lagi >>