Raja Kamarul Bahrin mendakwa penyokong PAS di negeri itu mempertikaikan pendirian Hadi berkenaan seteru lama, Umno, dan mula mendekati Pakatan Harapan.
Pengerusi Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata strategi berkecuali kepimpinan Hadi menyebabkan parti Islamis itu dilihat tidak konsisten dari segi pendirian dan berpolitik.
“Penyokong PAS di Terengganu mula pelik,” katanya kepada FMT. “Mereka seperti sebahagian komponen BN kerana sering kali berkecuali di Parlimen dan tidak membantah di Dewan Undangan Negeri.”
Raja Bahrin menambah kecurigaan penyokong PAS Terengganu disedari pimpinan parti Terengganu.
“Mereka lihat wakil rakyat mereka baik di Parlimen atau DUN tidak mengambil peluang,” tambahnya. “Mereka sekarang lebih faham kenapa ahli Amanah keluar dari PAS.”
Negeri pantai Timur itu dianggap kubu kuat Hadi, yang pernah menjadi menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004. Selepas sepenggal memerintah, BN merampas Terengganu dari PAS pada pilihan raya umum 2004 (PRU11) apabila memenangi 28 kerusi berbanding 4 yang dimenangi PAS dan terus bertahan hingga ke hari ini.
Terengganu di bawah Hadi antara lain menyaksikan pengkanunan enakmen jenayah syariah dan pengukuhan institusi pendidikan Islam.
Raja Bahrin berkata sentimen agama yang menjadi “senjata” PAS di Terengganu tidak lagi menyengat para pengundi, seperti mana dalam pilihan raya terdahulu.
“Banyak isu yang mereka guna sebagai daya tarikan sudah tidak begitu menarik lagi,” katanya. “Isu yang paling klasik adalah rang undang-undang 355 (Akta Mahkamah Syariah). Dulu mereka berarak sana sini nak bawa RUU355 tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa.”
Read More / Baca Lagi >>