Dalam kenyataannya, Mohd Saiful Bukhari Azlan menyelar Mahathir yang kini sanggup menuntut agar Anwar dibebaskan dari penjara.
Walhal, Mahathir sebelum ini bersimpati padanya berhubung tuduhan bahawa Anwar meliwatnya, katanya di Facebook.
"Pada Oktober 2014, Dr Mahathir menyatakan simpati pada saya (dan menganggap) saya seorang mangsa apabila saya melawat beliau di pejabat Yayasan Perdana bersama isteri saya dan anak yang baru lahir.
"Memang benarlah dalam politik, tiada teman atau seteru yang akan kekal, hanya kepentingan,” katanya.
Tambahnya, beliau kecewa kerana Dr Mahathir kini mempolitikkan kes liwat tersebut yang telahpun diputuskan oleh makhamah.
"Saya menggesa beliau agar menghormati keputusan mahkamah. Sebagai bekas perdana menteri, Dr Mahathir patut lebih tahu.“Saya adalah mangsa sebenar tindakan jenayah Anwar Ibrahim,” tegasnya.