Rakyat merasa kecerdikkan mereka telah diperbodohkan dan dihina dan mereka hanya melihat kepala berita ini sepintas lalu atau menutup TV tiga suku.Kepada mereka tindakan ini tidak lebih dari membalas dendam atas pembongkaran 1MDB dan RM2.9 Billion.
Tentunya berita kejadian baru lebih menarik dari berita lama yang terjadi 30 tahun lalu.
Seorang dramatis terkemuka Nur Fathia yang tweeetnya diikuti oleh lebih 200,000 orang telah bertanya adakah bijak untuk mendakwa Tun Mahathir bagi kes Forex 30 tahun lalu.
Rasional mereka kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan Datuk Seri Najib tidak akan ke penjara. Simpati kepadanya tinggi kerana beliau tidak kental semangat perjuangannya seperti Dr.Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Dua orang di pihak Mahathir yang juga tidak sanggup ke penjara ialah Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yackop kerana mereka adalah orang “perjuangan wang” dan bukan perjuangan ideologi dan politik seperti Dr,Mahathir dan Anwar sedangkan Najib pula dari kelas feudal.Darah Bugis moden tak semerah darah Bugis asli.Yang tinggal hanya bibir yang merah,
Rakyat pada keseleruhannya dari Utara Ke Selatan,dari Timur ke Barat telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan BN.Maklumat terakhir dari sumber “kali lima”,DUN negeri yang pasti jatuh ialah Kedah dengan Pulau Pinang dan Kelantan kekal status quonya, Johor telur di hujung tanduk. Suatu berita yang saya tidak mahu percaya api dalam sekam di Melaka.
Dalam dilemma rakyat mungkin tidak keluar mengundi.Kempen yang mesti diutamakan ialah kempen keluar mengundi.
Berat bagi saya untuk turut meyalahkan ROS dalam soal kesasehan wujudnya parti-parti pembangkang kerana yang memberi ruang kepada mereka untuk mencari kesilapan di pihak parti-parti pembangkang sendiri.Kerajaan mana pun juga akan menggunakan kuasa ditangannya untuk kekal berkuasa.Ingatlah The Power of incumbency.Najib telah membuktikan bahawa beliau mahu berkuasa by hook or by crook.