Dana projek tersebut melalui pinjaman Putrajaya daripada Eksport-Import Bank of China (Exim) dimana akan digunakan oleh kontraktor ECRL, iaitu China Communication Construction Company (CCCC).
“Berapa banyak pelaburan dia (China) bawa masuk? Macam Forest City? Adakah ECRL itu bawa duit.
“Kalau bayar duit itu makna pelaburan? Kalau awak pelabur, awak (akan) kata apa? Tak, itu pinjaman,” katanya kepada media di Subang hari ini.
Daim berkata demikian sebagai jawapan berhubung kebimbangan membawa masuk pelaburan dari China.