Perintah berkurun dilanjutkan di Sabah infomalay12.blogspot.com


Perintah berkurung di perairan  Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) telah dilanjutkan selama 2 minggu lagi untuk fasa ke-79.

Perintah berkurung ini sepatutnya berakhir pada hari ini tetapi di lanjutkan berkuat kuasa dari jam 6 petang hingga 6 pagi 1 Januari tahun depan. 

Menurut Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, peraturan akan dikuat kuasakan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak berada di lokasi terbabit yang telah di isytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung. 

Perintah berkurung di perairan terbabit adalah bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa.

Selain itu ia bertujuan bagi melindungi pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

Lanjutan ini dilakukan kerana terdapat maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah, yang menjadi pengguna perairan dan berada di daratan di kawasan ESSZONE lanjutan inn terpaksa di jalankan selama 2minggu. 

Perintah berkurung ini juga membantu untuk memudahkan penguat kuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," tambah Datuk Ramli Din lagi.  Sumber: Berita Harian  Editor : Nsuhaili

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :