Pendirian diumumkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husein Awang di Dewan Madrasah Darul Iman sempena Lawatan Kerja Pesuruhjaya Pas itu ke Dun Bukit Payong di sini, malam tadi.
Laungan takbir bergema sejurus beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang ahli Pas dari kawasan Dun Bukit Payong yang hadir bagi mendengar amanat dan mengambil peluang berdialog dengannya.
Hadir sama, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, wakil Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu, Sood Said dan Ketua Jabatan Pilihanraya Dun, Haris Malek.
Sambil memuji kehadiran ahli dari Bukit Payong, Husein berkata, ia adalah kehadiran teramai setelah membuat lawatan ke 28 buah Dun sempena siri lawatan kerjanya di Dun negeri Terengganu.
Paling menggembirakan beliau ialah persiapan bilik-bilik gerakan di Dun Bukit Payong juga dianggap antara yang terbaik setakat ini.
Husein ketika berucap turut mengimbau kembali senario berlaku di Terengganu sekitar 1969 di mana Pas Terengganu ketika itu kalah disebabkan Besut gagal menyumbang kerusi yang sepatutnya Pas menang.
Kedudukan ketika itu menjadikan 11 kerusi Pas dan 13 Perikatan, hampir sama senario ketika ini di mana pembangkang kalah hanya dua kerusi dan ia juga kerana tiada sebarang kerusi dari Besut dan Setiu.
Sehubungan itu, beliau berharap Pas tidak menerima kekalahan serupa buat kali ketiga pada PRU14 dan berusaha agar Besut dapat menyumbang kemenangan di samping mengekalkan kerusi yang ada.
Bekas Speaker Dun Terengganu itu juga mengingatkan ahli agar menumpukan empat perkara yang disarankan di dalam al-Quran bagi melaksanakan tugas di samping memperolehi kebaikan dari ALLAH.
Read More / Baca Lagi >>