Dalam demokrasi dan perlembagaan Malaysia, bukan Islam tidak dihalang untuk menjadi menteri dalam kabinet. Justeru, pandangan Hadi itu secara tidak langsung menolak semangat demokrasi dan perlembagaan itu sendiri.
Dari sudut pengamalan fiqah politik cara dinasti Abbasiyyah, terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat, malahan melahirkan pertumpahan darah dan pembunuhan sesama Islam.
Sewajarnya Hadi perlu merujuk juga komentar ulama kontemporari dalam perbahasan fiqah politik, seperti Al-Qardawi dan Ghanoushi dalam hal pelantikan bukan Islam sebagai menteri dan kabinet yang mereka secara terbuka membenarkannya, walaupun jawatan tersebut melibatkan membuat polisi dan dasar negara.
Saya kira, Hadi perlu terima realiti bahawa ilmu politik dalam perdebatan ulama Islam sudah berkembang hebat. Justeru, Hadi tidak wajar mempunyai pemahaman politik dalam Islam begitu sempit sehingga terpaksa terikat dengan pendekatan al-Mawardi saja, ketika wujud pandangan ulama yang lebih maju.