Dalam catatan bersiri di laman Twitter hari ini, Najib berkata tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku berasaskan laporan siasatan.
“Siasatan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya ada kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.
“Langkah memelihara kepentingan Felda dan peneroka perlu diambil,” katanya.
“Kepentingan Felda dan peneroka mesti sentiasa kita jaga dalam segala usaha pembangunan,” katanya.
Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan.
Selain laporan polis yang dibuat pada 12 Dis lepas, tindakan turut diambil dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah itu, membatalkan surat kuasa wakil penuh yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terlibat.