JIKA BENAR MB SELANGOR TERLIBAT DENGAN SALAH LAKU, MAKA NAMPAKNYA PKR DALAM MASALAH YANG KRONIK.
TERDAHULU KITA DENGAR MASALAH WAN AZIZAH DAN KES FELDA.
KITA JUGA DENGAR KES RAFIZI, CUMA TUNGGU MASA SAHAJA NAK KEDALAM ?
SUDAHLAH ANUAR MERENGKOK KAT DALAM DAN DISAMBUNG PULA DENGAN KES YANG SAMA ?
APA NAK JADI DENGAN PKR ?
RUPANYA KES NI DAH LAMA ?
PATUT LA PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR RUPANYA PKR ADA BANYAK MASALAH ?
-Pak Karamu-
‘Saya tak takut lepas serah bukti’
Azwan Ali
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Namanya terus panas sejak muncul di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Azwan Ali semakin berani apabila muncul di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dengan membawa 'bukti' mengenai penyelewengan, salah laku dan kehidupan mewah melampau yang dikatakan ada kaitan dengan abangnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya hadir menyerahkan bukti yang telah lama saya simpan, sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, sekitar 30 tahun lalu.
"Sejak balik Umrah Julai lalu, ALLAH SWT telah memberikan jalan dan inilah saya di sini," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan SPRM.
Azwan hadir pada jam 10 pagi itu bertemu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki bagi menyerahkan dokumen berkaitan.
"Saya bertemu beliau dan ada pegawai penyiasat yang turut mengambil keterangan saya.
"Sesi itu berlangsung sekitar 10 minit. Saya juga ingin tegaskan SPRM tiada kaitan dengan mana-mana parti politik," ujarnya.
Katanya, selepas menyerahkan, dia berasa lega dan menunggu tindakan selanjutnya.
"Saya tak takut... Saya tahu saya berada di pihak yang benar.
"Saya telah serahkan dokumen bukti kepada SPRM saya percaya SPRM akan menyusul tindakan mereka kerana semua tahu SPRM bukan politik.
"Tidak ada istilah politik di dalam kehadiran saya cuma membantu memberikan kerjasama atas proses siasatan yang sedang dijalankan," katanya.
[ ARTIKEL BERKAITAN:‘Bawa dokumen, itu tanda saya serius’ ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa SPRM: Azwan kena kunci mulut ]
Jelasnya, sebagai umat Islam beliau mencuba sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawabnya untuk memperbetulkan situasi-situasi yang semakin mencurigakan.
"Amal makruf nahi mungkar... Berdirinya saya di sini kerana berpegang teguh sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab demi agama, bangsa dan negara," katanya.
Terdahulu, Azwan bertemu Timbalan Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara itu.
"Beliau memberikan cadangan kepada saya agar menggunakan saluran yang betul untuk memberikan bukti. Kerana itu saya di sini, hari ini," katanya.