Seorang peniaga cendol hari ini dihukum penjara 18 tahun dan denda RM16,000 selepas mengaku bersalah atas 21 tuduhan menipu tender pembekalan makanan sejak Ogos hingga 14 Disember lalu.
Mahani Mohamed, 44, dari Sungai Ular di sini yang didakwa menipu 15 peniaga dituduh di dua mahkamah berasingan di depan Majistret Noordiana Abd. Aziz dan Nurul Naim Abdullah.
Manakala suaminya, R. Shukri Raja Amat, 37 yang berdepan tiga tuduhan sama mengaku tidak bersama.
Rakan mereka Hasnah Ngah, 49 yang turut dituduh atas sembilan tuduhan serupa juga mengaku tidak bersalah.
Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan serta denda.
Majistret menetapkan jaminan RM15,000 terhadap R Shukri manakala Hasnah RM39,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 24 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk dua tertuduh itu.
Related Posts :
Wanita Islam Somalia menang pencalonan Demokrat infomalay12.blogspot.comSinar, 16 Ogos 2018
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ilhan Omar meraih kejayaan dalam pencalonan gabenor Demokrat di Minnesota, meletakkan… Read More...
[DULU KATA KAT MAT MASLAN] CUKAI SODA: Tak Beban Golongan Miskin, Mereka Jangan Minum Coca-Cola infomalay12.blogspot.com
Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baru, termasuk cukai soda, kata Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.
Bagaimanapun, bel… Read More...
Dr M beri isyarat ada bau busuk mengenai Pakatan Harapan... infomalay12.blogspot.com
Bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan para menteri, timbalan menteri dan juga wakil … Read More...
[PH BAHAN LAWAK] Minta Nelayan Tanam Nanas, Rambutan, Menteri kena TROLL infomalay12.blogspot.com
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata nelayan boleh menambahkan pendapatan d… Read More...
[Video Kenapa PAS Sokong MCA Yang Menolak Hudud?] Berjemaah walaun turun berbalas komen demi pertahankan lebai2 mereka...100 HARI yg lebih baik! Parlimen lebih berdisiplin, siaran langsung lagi. infomalay12.blogspot.comKhamis, 16 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Sudah pasti wa… Read More...