Ku Nan jual 45 bidang tanah WPKL tanpa tender terbuka infomalay12.blogspot.com

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 45 bidang tanah tanpa tender terbuka semenjak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi menteri Wilayah Persekutuan, dakwa beberapa anggota parlimen pembangkang.
MP Cheras Tan Kok Wai berkata beliau mendapat maklumat daripada jawapan bertulis parlimen.
"Proses ini tidak telus sepenuhnya. Terdapat banyak tanah yang ditukar status daripada tanah awam kepada tanah swasta dan daripada rancangan guna tanah penempatan kepada guna tanah komersil.
"Bagi generasi ini dan generasi akan datang, kami mengambil berat jika KL tidak akan ada lagi tanah awam," beliau memberitahu pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar KL Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz di ibu pejabat DBKL hari ini.
Tengku Adnan (gambar, bawah) telah diminta maklum balas berkenaan perkara ini.

Tan berkata hal ini dibangkitkan dalam pertemuan itu, manakala Amin menjelaskan prosedur biasa dituruti ketika menjual tanah tersebut.
MP Segambut Lim Lip Eng yang turut hadir dalam pertemuan itu berkata Datuk Bandar ada menyebut proses tender terbuka 'kadangkalanya tidak baik'.
Menurut Lim, Datuk Bandar memberi contoh, selepas DBKL menjual sebidang tanah bernilai tinggi melalui tender terbuka kepada pembida tertinggi, pembeli itu gagal untuk membangunkan tanah itu kerana keadaan pasaran yang tidak sesuai.
"Jadi Datuk Bandar kata jika beliau tidak dapat menjual tanah itu kepada pembida tertinggi dan bukan melalui tender terbuka, maka beliau dapat menjualnya pada harga yang berpatutan.
"Jadi pemaju boleh menjual (unit-unit daripada projek pembangunan itu) pada harga yang lebih berpatutan kepada pembeli rumah. Justeru, semua orang akan gembira.
Tender terbuka tidak baik
"Beliau (Amin) juga berkata kadangkala menjual tanah melalui tender terbuka kepada pembida tertinggi bukanlah sesuatu yang baik," tambah anggota parlimen DAP itu.
Amin telah dihubungi bagi mengesahkan perkara ini.
Bagaimanapun, Lim memberitahu penjelasan Amin sebagai tidak masuk akal. Beliau berhujah DBKL boleh memberikan syarat-syarat yang membolehkan ia mengambil semula tanah-tanah yang tidak dibangunkan selepas tempoh masa tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :