Kerana Tergelak Wanita di tikam 88 Kali infomalay12.blogspot.com


MOSCOW - Seorang lelaki bertindak kejam dengan menikam teman wanitanya sebanyak 88 kali kerana mentertawakan lelaki itu apabila mendapat tahu pekerjaan sebenarnya adalah tukang cuci kereta.

Dalam kejadian itu, tertuduh, Evgency Markov telah mengajak mangsa, Irina Kozlova, 34, memandu ke kawasan romantik kononnya untuk melihat pemandangan yang indah di Ust-Mana, Siberia. Mereka dikatakan berkenalan melalui laman sembang.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, Markov mengarahkan supaya Irina menutup mata kononnya untuk memberikan kejutan sebelum mengeluarkan pisau dan menikamnya sebanyak 88 kali.

Mayatnya ditemui dalam keretanya dalam keadaan berlumuran darah dan dipenuhi kesan tikaman serta luka.

Tidak lama selepas itu Markov kemudiannya ditahan ketika sedang makan di sebuah restoran, malah dia tidak menunjukkan rasa kesal sebaliknya terus mengaku perbuatan kejamnya itu.

"Pada awal perkenalan saya memberitahu Irina bahawa saya ahli perniagaan berjaya namun selepas kami semakin mengenali, saya memilih untuk berterus-terang dengannya mengenai kerja sebenar saya adalah tukang cuci kereta," katanya.

Jelasnya, "saya amat berang dan malu apabila Irina ketawa besar." Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :