Kakak Maut Selamatkan Adik Lemas infomalay12.blogspot.com


RAUB - Seorang pelajar perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri mati lemas selepas terjatuh ke dalam air ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub.

Mangsa, Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan berasal dari Paya Serai, Jalan Bukit Seladang, Bandar Bera, Bera.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang dipercayai tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu, kata Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu.

"Mangsa dipercayai hilang dibawa arus yang deras pada ketika itu namun adiknya selamat."

Katanya, "operasi mencari dijalankan oleh Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub juga disambung pada jam 8 pagi ini selepas dia tidak ditemui semalam."

Jelas beliau lagi, oleh kerana arus deras juga menyebabkan operasi mencari mangsa sukar. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: